Lalat lumba lari untuk ke toilet kut? hehe |
1. Tahi Lalat di kepala
Banyak berfikir, bijak/kreatif dalam berfikir juga banyak pula berangan. Jauh perjalanannya (jasmani dan kerohaniannya). Banyak pula dugaan dan ujian yang diterimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-citanya.
2. Tahi lalat di ubun kepala
Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3. Tahi lalat di dahi
Ada halangan dalam siratulrahim. Orang (teman / saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu, irihati, tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.
4. Tahi lalat di bulu kening kiri
Menjadikan dirinya ‘berseri’ dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5. Tahi lalat di bulu kening kanan
Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6. Tahi lalat di bawah mata
Seorang yang amat sensitif dan mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7. Tahi lalat di hidung
Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8. Tahi lalat di pipi kiri / kanan
Sekiranya membesar, ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, dalam pergaulan. Dia sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Mempunyai ego yang tinggi. Jadi daya tarikan tetapi ‘tegang’.
9. Tahi lalat di alur senyuman (smiling line)
Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Rezekinya dipermudah dalam banyak perkara dia dapat apa yang dia hajati.
10. Tahi lalat di alur dagu
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai hal-hal yang dihajatinya.
11. Tahi lalat di telinga
Seorang yang keras hati dan degil, tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain. Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.
12. Tahi lalat di tengkuk
Mudah mendapat gangguan ‘angin-jahat’, banyak halangan dalam hidup seperti masalah kesihatan, pergaulan dan kasih sayang. Fikiran sering kusut dan tidak tenteram, sukar tidor nyenyak. Mudah stress.
13. Tahi lalat di leher
Mudah mendapat jangkitan penyakit terutama kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Tahi lalat di bahu kiri
Halangan rezeki, terhalang disebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak. Tidak disukai ramai, dimusuhi ramai. Mudah didatangi angin-jahat. Mudah stress.
15. Tahi lalat di bahu kanan
Banyak tanggungan. Ada halangan dalam hubungan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas. Di musuhi dan dicemburui hidupnya. Mendatangkan angin-jahat.
16. Tahi lalat di dada
Dia mudah mempercayai orang sedangkan pergaulannya, perniagaannya, kasih sayangnya mudah dia mendapat tipu daya dari orang-orang yang dikenalinya. Mereka sering mengambil kesempatan ke atas dirinya di atas kepentingan sendiri.
17. Tahi lalat di belakang badan
Kesihatannya terganggu terutama urat saraf, sakit di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Tahi lalat di bawah payudara
Hidupnya jadi penasaraan sekiranya mempunyai dua tahi lalat dibawah payudara iaitu di kiri dan kanan payudaranya. Hidupnya sering menjadi perhatian ramai.
19. Tahi lalat di atas pusat
Tidak membawa apa-apa maksud tertentu.
20. Tahi lalat di bawah perut
Sering mendapat masalah kesihatan, kembong, masalah usus, buasir, boleh mendatangkan lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat. Mudah mendapat stress (tekanan).
21. Tahi lalat di peha kiri atau kanan.
Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.
23. Tahi lalat di betis
Samada tahi lalat berada di betis kiri mahupun di betis kanan, maksudnya adalah baik. Perjalanannya jauh, lagi jauh ia merantau lagi dipermudah dan diperbanyak rezekinya.
24. Tahi lalat di kaki
Menandakan seorang yang suka berjalan, bergaul dengan teman dan kawan. Sering resah tiap kali berada dirumah. Akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk mencari hiburan mahupun peluang perniagaan diluar.
25. Tahi lalat di tangan kiri
Dipermudah rezekinya.
26. Tahi lalat di tangan kanan
Seorang yang pemurah (tidak kedekut) juga boros dalam berbelanja.
27. Tahi lalat di pinggang
Mudah mendapat sakit urat, sakit pinggang dan kembong perut.
28. Tahi lalat di alur garisan tengah tubuh
Mudah terkena sihir, orang sering dengki terhadapnya, sering mendapat musibah.
29. Tahi lalat atas bibir, di bibir
Seorang yang banyak cakap. Haruslah berhati-hati bila berkata-kata, ditakuti perkataan yang keluar ‘kasar’ hingga boleh mendatangkan ‘kesakitan’ pada yang mendengar. Tahi lalat di bibir, atas bibir baik bagi mereka yang pekerjaannya seperti peguam, pakar motivasi, guru.
P/S : lepas nih jangan susah payah padam taik lalat yang tak diingini dengan minyak tanah pulak... :P hee
taik lalat kt tut mcm ner plak????????????????????
ReplyDeletebayar akuh RM5.00 dulu. baru akuh cakap. hahaha
ReplyDeleteklu kat tapak tgn kiri n dagu sblh kanan camne???
ReplyDeleteah koe nak bayar 5 inggit.. aq top up sesen un xde hahahah
ReplyDeletetapak kiri dagu kanan? hurm. makne baby awak nanti muke iras jugak mcm mama papa die! :P
ReplyDeletehehehe. kita main chat fb jeler mir... tayah msg
hahaa... terbaeyk
ReplyDeletekalo kencing lalat lak pe cer? haha
ReplyDelete